Selasa, 7 September 2010

satu benda , dikongsi dua budak

satu lolipop dikongsi dua orang budak,
budak pertama mengulum sampai hilang rasa dan warna..
apa yang diinggalkan pada budak kedua?
Hanya batang ?

Satu dulang nasi yang sama lauknya,
Sama rasanya..
Dikongsi dua orang budak..
Puas bukan ?
Malah lebih adil berbanding lolipop tadi..

Kenyataannya berkongsi kasih haruslah adil
Bukan tidak boleh , tapi harus adil
Ianya cinta..
Bukan bahan mainan..
Melibatkan hati dan perasaan..
Bukan kerna mampu mahupun tidak mampu..

satu beonda , dikongsi dua budak

satu lolipop dikongsi dua orang budak,
budak pertama mengulum sampai hilang rasa dan warna..
apa yang diinggalkan pada budak kedua?
Hanya batang ?

Satu dulang nasi yang sama lauknya,
Sama rasanya..
Dikongsi dua orang budak..
Puas bukan ?
Malah lebih adil berbanding lolipop tadi..

Kenyataannya berkongsi kasih haruslah adil
Bukan tidak boleh , tapi harus adil
Ianya cinta..
Bukan bahan mainan..
Melibatkan hati dan perasaan..
Bukan kerna mampu mahupun tidak mampu..

batu

Tika kita duduk berdua di pinggir batu itu ,
Kau kirim sehelai kertas . .
Jelas tertulis di atasnya
“saya cinta awak “
tapi kertas itu terbang tanpa pasti..
kini,
tanpa kertas kau ungkapnya pula,
“ saya cinta awak selamanya”
Aku senyum tanpa sepatah kata..
Hanya kaku lihat muka kau merah menahan malu..

batu

Tika kita duduk berdua di pinggir batu itu ,
Kau kirim sehelai kertas . .
Jelas tertulis di atasnya
“saya cinta awak “
tapi kertas itu terbang tanpa pasti..
kini,
tanpa kertas kau ungkapnya pula,
“ saya cinta awak selamanya”
Aku senyum tanpa sepatah kata..
Hanya kaku lihat muka kau merah menahan malu..

Isnin, 22 Februari 2010

TANGGUNGJAWAB AKU

Tanggungjawab…
Apa tu tanggungjawab..?
Besar sangat ke..?

Hari ini aku telah mempelajari sesuatu..
Tentang Tanggungjawab..
Tanggungjawab ke atas aku sangat besar..
Tanggungjawab pada parents,guru dan sekolah pun tak tercapai lagi..

Suatu pagi Tcer R telah menemui aku “ cha, saya amat dukacita untuk memberitahu bahawa awak telah di lucutkan jawatan sebagai ketua pengawas…” kata Tcer R..
Aku tersentap!! Kenapa ? apa salah aku?
Tcer R berkata lagi “ Seorang guru tidak bersetuju awak dilantik menjadi ketua pengawas dan beliau meminta N menggantikan awak” kata syahdu Tcer R..
N yang berada di sebelah aku tersentap dan terus memeluk erat agar aku tidak berkecik aty… Cuma tak tahu dalam hati dia suka kerana dapat menewaskan aku..
Walaupun aku dengan N berkawan baik sejak form 4 , tapi dia adalah saingan terhebat selepas Genius Sekolah ( K ) . .
Guru yang tidak suka pada aku tu ialah guru A.. Sememangnya entah apa yang kurang pada aku ni…

Aku dapat jer terima hakikat tu.. huh! Sekurang2nya aku tidak ada tanggungjawab !!
Dapat tumpukan pada SPM!!!!!
Sesudah rehat , aku pun lepak dekat kantin dan terkejut bila seseorang pelajar datang jumpa aku dia cakap “Tcer R nak jumpa akak”..
Aku pun rasa macam malas nak bincang benda ni lagi ..
Bila aku jumpa Tcer R dia berkata “ Saya da bincang dengan Pengetua dan Guru Kanan, awak tetap menjadi ketua pengawas” sambung Tcer R lagi “ saya rasa tak patut saya lucut jawatan awak . Pengetua dan guru kanan pun setuju dengan keputusan saya . Apa yang di bincang di mesyuarat itu sebulat suara setuju awak menjadi ketua pengawas” kata Tcer R yang aku penah membenci nya suatu ketika dahulu.. Salah rupanya sangkaan aku kerana dia adalah Tcer yang baik…
Dan aku berkata “ saya bukan tak suka Tcer , tapi saya tak nak guru A membenci saya satu ketika nanti……….”
Tcer R berkata “ ingat cha ini tanggungjawab yang saya dan rakan2 awak beri dekat awak.. awak cuma jalankan Tanggungjawab ”
Aku berkata hampa “ baiklah Tcer R ”
Tcer R berkata lagi , “ingat TANGGUNGJAWAB !”

Aku berlalu dengan pilu.. Sediakah aku dengan segala masalah yang akn aku hadapi? Mungkinkah guru A tu akan mengambil satu tindakan mahupun mencari kesalahan aku dengan mudah ?
YA ALLAH !! BANTULAH AKU HADAPI NYA DENGAN TENANG ..

Khamis, 18 Februari 2010

DI FIKIRAN AKU

Di sini aku pulang
tempat aku luahkan perasaan
lewat hari ini
aku terus ke komputer
semuanya dapat aku luahkan
mengimbau kembali kejadian harian
dan kehidupan

Di sini anak belasan tahun
mulai mengenal cinta dan ilmu
pengorbanan papa dan mama
keakraban teman dan pergelutan
detik itu mengambang bagai mimipi
sewaktu kulewati hari2 aku ini

Sesaat tiba di muka sekolah
ilmu dalam fikiran ku!
tetapi sudah berubah
apabila aku mengenal cinta
suara guru yang memarahi ku
supaya belajar
membuat aku kesal
dan papa ku tak berkata bangga dengan kesalahan ku

Di sinilah anak mu
mengenal dunia
di bumi ini
aku harus berjaya
Cinta,Masalah tinggalkan dahulu
meskipun aku berubah pandangan
semua kenangan akan aku
simpan.

Selasa, 16 Februari 2010

Sejarah Tanah Melayu


Sebentar tadi aku telah menyiapkan satu tugasan Sejarah..
"PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH"
Banyak rupa nya pemimpin2 kita telah cuba memperjuangkan tanah melayu kita ini..
Antara nya Dol Said di Naning,Linggir,Rentap,Syarif Masahor,Dato Maharaja Lela,
Dato Bahaman dan banyak2 lagi..
Ada yang terkorban ada yang di hukum dengan kejam..
Antara yang aku amat menyentuh jiwa dan raga ku..
Apabila mayat Tok Janggut di arak ke seluruh pekan Kota Bahru sebelum di gantung
sebagai amaran tiada siapa boleh melawan British..
British ? Besar nya kuasa engkau !!!
Sehingga penduduk tanah melayu sendiri terpaksa tunduk dengan kekejaman dan ketamakan kau !!
Jika Pejuang2 kita masih hidup mesti mereka terkejut dengan sekarang..
British atau Mat Saleh2 sekarang ini telah menjadi sahabat kita..
Adakah kita benar2 memahami perjuangan pemimpin2 kita dahulu?
Apa guna Sejarah ?
jika tidak memahaminya...
kegagalan ini menyebabkan kita bangun agar BEBAS!!!
Jadi lihat lah KAWAN2 sayangi TANAH MELAYU !!
sayangi MALAYSIA !!!
TERIMA KASIH PERJUANGAN2 KU..
walaupun gagal di medan perang namu tetap ku junjung kerana keberanian mu!!
AL-FATIHAH..